Jumlah kematian letupan kuat di sebuah gudang di bandar pelabuhan Tianjin di utara China pada malam Rabu lalu meningkat kepada 44 orang.
AFP yang memetik agensi berita Xinhua melaporkan angka kematian itu termasuk 12 anggota bomba yang terkorban semasa operasi memadamkan kebakaran.
Ia juga menyebub jumlah kecederaan meningkat kepada 520 orang, 66 daripada mereka dalam keadaan kritikal.