Sidang media 9 pagi: Dakwaan wujud pasport curi masih dalam siasatan

2015-08-14 5

Selepas lebih 24 jam, masih tiada lagi petunjuk berhubung pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapalnya.


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abd Rahman dalam sidang media pertama hari ini berkata, pihaknya masih lagi menjalankan operasi mencari dan menyiasat pesawat berkenaan.

Selain itu, ketika ditanya berhubung dakwaan ada individu yang menaiki pesawat berkenaan menggunakan pasport palsu, Azharuddin hanya menjawab "sedang dalam siasatan".