Kerajaan mesti membendung pluralisme supaya tidak mengelirukan umat Islam di negara ini, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pada titah perasmian pembukaan sesi pertama persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini, Seri Paduka juga mengingatkan kerajaan supaya mengelakkan perpecahan umat Islam dan bertindak berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.