'100 lagi Karpal Singh akan muncul'
Pengerusi DAP, Karpal Singh, hari ini memberi amaran kepada kerajaan bahawa dengan menjatuhkan dirinya, 100 lagi Karpal akan muncul.
Mengulas hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menghasut terhadap Sultan Perak, katanya BN harus bersedia mengadapi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor yang diwakilinya itu.
Beliau juga memaklumkan bahawa akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.