Satu memorandum berhubung perpaduan nasional akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri, kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau bersama NGO Melayu lain yang menubuhkan Jawatankuasa Penyerahan Memorandum Barisan Perpaduan Nasional berkata, memorandum itu akan diberikan selewatnya 15 Ogos selepas satu wawancara dan konvensyen perpaduan nasional diadakan.