Dr M anggap Menara KL tetap menara paling indah

2015-08-13 2

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Menara Kuala Lumpur yang dilancarkan pada Oktober 1996 sebagai menara paling indah yang pernah dibina.

Katanya, walaupun lebih dua dekad sudah berlalu, beliau tetap berpegang pada pendapatnya itu.

Kenyataannya itu dibuat pada kata-kata aluannya sempena pelancaran buku peringatan Menara Kuala Lumpur hari ini.