Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada Dewan Rakyat pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan diadakan bulan ini dan beliau difahamkan akan berlaku pencalonan bagi jawatan tertinggi persatuan itu.
Katanya, sebagai menteri, beliau tidak boleh campurtangan dalam pemilihan berkenaan, tetapi pandangan peribadinya adalah jelas dan diketahui umum.