Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, aset bagi mencari pesawat dikerahkan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut jumlah tertentu bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Katanya, buat masa ini, pencarian akan kekal diadakan di dua buah koridor iaitu di Selatan dan Utara sehingga pesawat MH370 ditemui.