Sebuah helikopter membawa 12 orang terhempas di sebuah lagun di tengah bandar komersial Lagos, Nigeria, menyebabkan empat orang terbunuh manakala dua lagi masih hilang.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nigeria NCAA, helikopter pengangkut Sikorsky S-76C yang berkhidmat untuk syarikat cari gali minyak pesisir Bristow Group, terhempas kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan di kawasan Oworonshoki.