Ucapan ‘kencing’ keras, MB kecewa, mahu teliti intipati

2015-08-13 13

Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kesal dengan cara penyampaian ucapan keras oleh perwakilan Wanita Umno bahagian Langkawi Anina Saaduddin terhadap kepimpinan parti itu tetapi berjanji akan meneliti intipati mesej ucapan itu.

Katanya, Umno bersifat terbuka dan membenarkan setiap perwakilan meluahkan isi hati mereka kerana setiap maklumat yang didapati adalah dari suara akar umbi.

Dalam mesyuarat Bahagian Langkawi Sabtu lalu, keadaan menjadi gamat apabila Anina mendakwa tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib.