Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang percaya tindakan polis menyiasat ahlinya Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara di bawah Akta Hasutan adalah bertujuan menakut-nakutan orang Melayu daripada menyertai parti itu.
Katanya, polis hanya bertindak setahun selepas Rara memuat-naikkan posting #sultanbukantuhan dalam meluahkan sokongannya terhadap aktivis Ali Abdul Jalil di Facebook.