'Majoriti rakyat mahu guling Najib, tapi cara aman'

2015-08-13 8

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yakin majoriti rakyat Malaysia mahu mengguling Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi secara aman, demokratik dan mengikut perlembagaan.

Mengulas mengenai perhimpunan BERSIH pada akhir bulan ini, katanya adalah hak rakyat bagi berkumpul dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan hari ini.