Majlis Agama Islam setiap negeri mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana individu tanpa tauliah yang cuba memecah-belahkan umat Islam sama ada melalui ucapan atau ceramah di masjid.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa peruntukan sedia ada juga menyatakan tindakan boleh diambil kepada mereka yang menyampaikan perkara negatif.