Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan kargo pesawat Malaysia Airlines (MH370) yang hilang sejak 8 Mac lalu membawa palet kayu.
Bgagaimanapun, Hishammuddin berkata, setakat ini tiada bukti bahawa palet kayu yang dilaporkan ditemui di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi berhampiran perairan Australia tempoh hari mempunyai kaitan dengan muatan berkenaan.