Syarikat Malaysia Airlines (MAS) menafikan kakitangan dan pegawainya 'hilang' dan meninggalkan tanggungjawab mereka dengan mengosongkan pejabat jualan mereka di Beijing China.
Sebaliknya, kata Pengurus Perhubungan Korporat MAS, Khairunnisak Dzun Nurin, ketika dihubungi KiniTV, polis di China mengarahkan semua pekerja syarikat penerbangan itu di Beijing dipindahkan atas alasan keselamatan.