MH370: Mahfuz akui sangat bersimpati dengan kerajaan

2015-08-13 4

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengakui beliau sangat bersimpati dengan kerajaan akibat dibidas pelbagai pihak, khususnya oleh media dan waris penumpang China berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Katanya, kekurangan maklumat itu adalah kerana kerajaan Malaysia sendiri terpaksa bergantung kepada maklumat yang disalurkan dari negara-negara luar.

Namun, bidas beliau, kenyataan-kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein banyak mengelirukan semua pihak.

Free Traffic Exchange