'Getah pekebun kecil dibeli pada harga terlalu rendah'

2015-08-13 0

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menggesa kerajaan supaya mengkaji semula harga purata getah Malaysia yang telah ditetapkan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kaatanya, harga belian kini dianggap terlalu rendah dan tidak memberi keuntungan kepada pekebun kecil getah.

Beliau juga berkata pihak LGM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengesahkan sama ada harga tawaran yang diberikan oleh syarikat mengikut harga pasaran sebenar ataupun tidak.