Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bahawa jika semua rakyat mengundi mengikut kaum masing-masing, maka negara akan aman sampai kiamat.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Parlimen, ketika mengulas permintaan ahli parlimen pembangkang supaya kerajaan melaksanakan konsep satu rakyat satu undi semasa menjalankan persempadanan semula kawasan pilihan raya.