Gred SPM sulit, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi

2015-08-13 3

Timbalan Menteri Pendidikan, Mary Yap Kain Ching memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa data-data bagi kerajaan menilai gred peperiksaan seperti SPM adalah sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (1972).

Menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS - Sepang), beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa gred berkenaan adalah mengikut garis panduan dan prosedur yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.