K'jaan akui RISDA tak sedia bantuan kepada penoreh

2015-08-13 93

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan kepada Dewan Rakyat buat masa ini RISDA tidak menawarkan apa-apa bantuan kepada penoreh getah kecuali mereka mempunyai kebun kecil.

Namun, katanya, kerajaan sedang dalam usaha menentu dan merangka kaedah yang sesuai bagi membantu golongan berkenaan termasuk mewujudkan senarai penoreh yang berdaftar.