Tinjauan Merdeka Center menunjukkan ramai daripada kalangan pengundi menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.
Laporan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus daripada 513 yang dicula berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.
Tinjauan itu dijalankan sepanjang tempoh 13 Mac hingga 20 Mac lalu.