Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penculikan seorang pelancong wanita China dan seorang pekerja resort warga Filipina oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Sabah, malam semalam sebagai serius.
Katanya, Malaysia telah menghubungi pihak berkuasa Filipina bagi membantu mengesan dua tebusan wanita berkenaan yang di percayai dibawa lari ke perairan negara jiran itu.