Kumpulan bebas ketuai siasatan kehilangan pesawat MH370

2015-08-13 3

Malaysia akan menubuhkan pasukan penyiasat yang diketuai seorang pegawai penyiasat bebas untuk mengkaji kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 bulan lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, pasukan penyiasat itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan tumpuan kerja mereka adalah kepada tiga aspek utama iaitu menentukan sejauh mana pesawat itu sesuai untuk berlepas, operasi penerbangan, dan faktor perubatan serta manusia.