Pesawat Malaysia Airlines MH004 menuju ke London yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur pagi ini tertangguh selama empat jam kerana pembaikan saat akhir kepada pesawat itu.
Menurut MAS dalam satu kenyataan, memandangkan keselamatan penumpang adalah keutamaan tertinggi, maka penjadualan semula ini penting untuk membolehkan kerja-kerja membaiki pesawat dilakukan.