Australia hari ini memaklumkan ia belum dapat mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh kapal peronda China Haixun 01, semalam adalah dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370. Menurut Ketua Penyelaras JACC Angus Houston, pihaknya dimaklumkan bahawa beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China berkenaan di kawasan pencarian. Katanya, ciri-ciri yang dilaporkan adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat, namun isyarat detik di selatan Lautan Hindi itu masih belum dapat disahkan.