Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menjadi sasaran bidasan warga siber sejak malam semalam.
Semuanya gara-gara gambar yang beredar di talian berkaitan sebuah artikel di majalah travel 3Sixty - terbitan AirAsia.
Artikel tiga muka surat itu dikatakan 'tidak sensitif' berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.