Kapal Ocean Shield pula kesan isyarat detik

2015-08-13 22

Jika petang semalam, kapal China, Haixun 01, mengesan dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik, hari ini giliran kapal pertahanan Australia Ocean Shield pula melaporkan berjaya mengesan satu isyarat.

Isyarat yang belum disahkan itu dikesan ketika lapal berkenaan menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini pihaknya belum memutuskan untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.