BTN tidak bezakan peserta berdasarkan politik

2015-08-13 0

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata setiap program dan modul-modul yang diguna pakai dalam program Biro Tata Negara (BTN) bukanlah bertujuan untuk memecah belahkan masyarakat kerana perbezaan ideologi politik.

Menurut Razali, program yang disusun dalam BTN menggunakan input dan perkembangan terkini serta data maklumat sebenar tentang hal-hal kenegaraan dan sejarah kemerdekaan Malaysia.

Semua ini adalah bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan peserta yang terlibat dan ia turut dinilai menggunakan satu sistem penilaian secara tahunan.

Free Traffic Exchange