Sistem PBS: Guru akan diberi latihan khas

2015-08-13 1

Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan memberikan latihan khas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru di seluruh negara bagi membantu mereka memahami sepenuhnya sistem pentaksiran yang telah ditambah baik itu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata latihan itu adalah satu daripada langkah selain sesi taklimat PBS yang diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru.