Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan sebaliknya digunakan untuk membeli nasi lemak, kuih-muih dan teh tarik untuk mesyuarat di tiga pejabat kesihatan daerah.
Menurut laporan itu lebih RM87 ribu daripada dana RM923,000 yang bertujuan membekalkan makanan kepada kanak-kanak miskin di luar bandar telah disalah-gunakan oleh pejabat kesihatan Jerantut , Gua Musang dan Kota Kinabalu.