Selepas menerima kecaman hebat daripada pemimpin BN dan Pakatan Rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memohon maaf kepada rakyat Sabah ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.
Beliau berkata kenyataan beliau itu diputarbelit (twisted) oleh pihak tertentu kerana beliau hanya bercakap kepada seorang sahaja dan tidak ditulis dengan sepenuhnya seperti yang dimaksudkannnya.