Pandikar: Anwar, Karpal kekal anggota Dewan Rakyat

2015-08-13 1

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MP Bukit Gelugor Karpal Singh kekal status mereka anggota Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas Karpal Singh membangkit mengenai statusnya dan Anwar (PKR-Permatang Pauh) pada 31 Mac lalu, selepas mereka didapati bersalah oleh mahkamah dan hukuman yang dikenakan boleh menggugurkan hak mereka sebagai ahli parlimen.