Penculik tuntut RM36.4 juta untuk tebusan China

2015-08-13 5

Kumpulan bersenjata yang menculik seorang pelancong wanita warga China dari Pulau Singamata, Sabah, 2 April lalu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta atau 500 juta peso Filipina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengesahkan perkara itu berkata pasukan khas polis disertai jururunding telah dihantar untuk berrunding dengan orang tengah kumpulan penculik.

Katanya, tuntutan wang tebusan berkenaan hanya membabitkan pelancong warga China yang diculik.