Jangan pertikai keselamatan KLIA2, ICAO sahkan Isnin ini

2015-08-13 0

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan melakukan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah berkenaan bagi memastikan keselamatan KLIA2 benar-benar terjamin.

Ia juga, katanya, bertujuan bagi memuaskan hati semua pihak yang masih mempertikaikan keselamatan KLIA2 walaupun laporan oleh jururunding bebas menunjukkan lapangan terbang itu selamat untuk beroperasi.