Guan Eng sebak 'perginya' seorang pejuang keadilan

2015-08-13 14

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebak dengan kematian Pengerusi DAP Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini.

Katanya, negara kini kehilangan seorang pejuang keadilan yang mempertahankan golongan miskin, terpinggir dan terabai sama ada di mahkamah, parlimen mahupun di mana-mana sahaja.