Anwar mahu semua hentikan 'pasukan' dalam PKR

2015-08-13 1

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan yang wujud di dalam PKR sempena pemilihan parti pada April dan Mei ini perlu dihentikan segera.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali semalam yang mengatakan pasukan yang ada di dalam parti sempena pemilihan adalah sesuatu yang tidak sihat.