'Kurang mahu berjuang selepas 13 Mei kecuali Karpal'

2015-08-13 7

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengenang kembali perjuangannya bersama Karpal Singh yang katanya, sanggup menegakkan keadilan dan ke hadapan pada sekitar tahun 1970an apabila negara baru melalui peristiwa berdarah 13 Mei.

Katanya, tanpa gentar, Karpal terus membawa masalah rakyat dan soal ketidak-adilan sama ada di Dewan rakyat mahupun di pentas mahkamah.