Penulis: Karpal mahu anaknya di Bukit Gelugor

2015-08-13 2

Penulis buku biografi 'Tiger of Jelutong', Tim Donoghue mendakwa mendiang Karpal Singh pernah menyatakan hasrat mahukan anak lelaki beliau Ramkarpal menggantikannya sebagai ahli parlimen.

Katanya, Karpal memberitahu bahawa Ramkarpal akan menggantikan tempatnya sebagai ahli parlimen Bukit Gelugor sekiranya kes hasutan yang dihadapinya itu berakhir dengan hukuman penjara.