'Geran RM100 juta bagi syarikat gagal dapat pinjaman bank'

2015-08-12 1

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengemukakan salinan sepucuk surat yang didakwanya arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI ) meluluskan geran RM100 juta kepada sebuah syarikat swasta.

Katanya, surat berkenaan secara jelas mengatakan bahawa projek komersil itu tidak mendapat sokongan daripada institusi kewangan dan menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank.