Masalah teknikal, pesawat Firefly pula patah balik

2015-08-12 9

Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu pagi ini terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang selepas berlepas selama 15 minit kerana masalah teknikal.

Semakan terhadap petugas kaunter Firefly Pulau Pinang mengesahkan pesawat itu ditukar dengan pesawat lain memandangkan baikpulih pesawat tidak boleh dilakukan dalam masa yang ditetapkan.