Hudud: Doktor akan dikenakan tindakan jika terlibat, kata MMA

2015-08-12 1

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr NKS Tharmaseelan sekali lagi memberi peringatan kepada para doktor agar tidak terlibat dengan perlaksanaan undang-undang hudud.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat doktor yang terlibat dengan undang-undang itu.