Pertubuhan pendesak Melayu PERKASA menubuhkan Biro Kesenian dan Warisan bagi memperjuangkan nasib golongan artis yang terpinggir.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dengan penubuhan biro tersebut, beliau akan menjadi jurucakap kepada golongan artis untuk menyuarakan suara mereka kepada kerajaan termasuk isu bayaran rendah kepada pelakon.