Perjuangan belum selesai, kata Mat Sabu

2015-08-12 9

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sempat berucap pada perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini.

Antara mereka adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang membangkitkan bahawa kerajaan melaksana GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.