Kami patut jadi pemerintah, kata Pakatan pada Amerika

2015-08-12 22

Pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat Susan Rice bahawa pembangkang dihalang menggantikan kerajaan BN sekalipun menguasai undi popular pada pilihan raya umum Mei lalu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan bahawa Malaysia memerlukan pembaharuan pilihan raya jika Amerika Syarikat serius dengan kenyataan mereka mengenai hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan di negara ini.