Anwar: Najib umpama maharaja, tapi dakwa tiada kuasa

2015-08-12 5

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberi alasan ketika memberitahu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa usaha reformasinya diganggu oleh kuasa dalaman dan luaran Umno, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice bahawa Najib selaku perdana menteri adalah umpama maharaja.

Katanya, Najib mengawal media, badan kehakiman, anggota penguatkuasa, parti dan Parlimen, namun masih berkata beliau tidak ada kuasa.

Free Traffic Exchange