Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersependapat dengan kenyataan Presiden Amerika Barack Obama bahawa negara tidak akan maju jika masyrakat bukan Islam dipinggirkan.
Sebaliknya, kata beliau, keadaan yang sama berlaku di Amerika di mana golongan kaya raya yang berjumlah hanya 1 peratus menguasai hampir semua kekayaan negara itu.
Dr Mahathir seterusnya mencadangkan orang ramai membaca buku tulisan Joseph Stiglitz untuk mengetahui lebih lanjut.