Kerajaan negeri Kelantan menyifatkan perbincangan penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal hudud peringkat negeri dan kebangsaan sebelum rang undang-undang berkenaan dikemukakan ke Dewan Rakyat yang diadakan hari ini sebagai positif.
Sambil menyambut baik mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berlangsung lebih dua jam, Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata mudah-mudahan ia dapat membantu pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan.