PERKASA anjur konvensyen perpaduan

2015-08-12 1

Persatuan Peribumi PERKASA akan mengadakan satu konvensyen perpaduan bagi mendapat pandangan berhubung perpaduan nasional sebelum mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, konvensyen yang akan diadakan pada bulan September itu akan turut menjemput NGO-NGO diseluruh negara.