Hina Islam: Kassim Ahmad cabar keabsahan pertuduhan

2015-08-13 29

Mahkamah Tinggi Putrajaya menetapkan 17 Julai ini untuk memutuskan sama ada dua pindaan pertuduhan dan pertuduhan tambahan terhadap sarjana Kassim Ahmad boleh dibacakan padanya bagi mendapatkan pengakuan.

Ini berikutan permohonan peguamnya Rosli Dahlan yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) bagi mencabar keabsahan pertuduhan terhadap Kassim yang tinggal di Kedah; dan sama ada ia mengikut perlembagaan.

Ia kerana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahannya di negeri utara semenanjung itu yang di luar bidang kuasanya.