Hudud: Tangan tak dipotong jika curi kerana terdesak, kata PAS

2015-08-12 14

Tujuan ahli parlimen PAS untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) ke Dewan Rakyat bertujuan menjadikan undang-undang jenayah Islam diiktiraf sebagai undang-undang negara.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu menjatuhkan hukum seperti memotong tangan tidak timbul selagi mana hukum hudud itu tidak diiktiraf oleh Perlembagaan.